Apa yang anda boleh melakukan tentang COVID-19?

Muat turun buku aktiviti kanak-kanak percuma hari ini!

Di seluruh dunia, Doktor Tanpa Sempadan / Medecins Sans Frontières (MSF) sedang giat bertindak balas terhadap COVID-19 di pelbagai negara.

Tetapi, bagaimana anda menjelaskan wabak itu kepada kanak-kanak? Bagaimana anda membuat mereka memahami bahawa mereka tidak boleh bermain di luar, atau pergi ke sekolah, kerana banyak orang sakit dengan COVID-19? Apa yang anda katakan kepada mereka jika saudara atau rakan anda positif untuk COVID-19?

Apa yang anda boleh melakukan mengenai COVID-19? adalah sebuah buku aktiviti yang boleh membantu ibu bapa dan kanak-kanak fahami wabak ini.Dengan penjelasan yang senang dan aktiviti yang menarik, kanak-kanak dapat belajar bukan hanya bagaimana virus ini berfungsi, tetapi juga bagaimana melindungi diri mereka sendiri. Dengan karya seni oleh pengarang dan artis yang diterbitkan di peringkat antarabangsa, Elbert Or, buku aktiviti ini juga memberi ibu bapa beberapa cadangan mengenai cara bercakap dengan kanak-kanak mengenai COVID-19.

Buku ini boleh dimuat turun dalam Bahasa Inggeris, Filipina, Bahasa Indonesia dan Bahasa Melayu.

Langgan sekarang untuk salinan percuma anda.

Kami janji untuk melindungi privasi anda: Médecins Sans Frontières / Doktor Tanpa Sempadan berjanji untuk tidak akan menjual, berkongsi atau memberi maklumat peribadi anda dengan syarikat / organisasi lain. Maklumat yang anda salurkan adalah sulit dan digunapakai oleh kami sejajar dengan Dasar Privasi kami. Untuk membolehkan kami terus berhubung dengan anda, kami mungkin menggunakan butiran peribadi anda untuk memberitahu anda mengenai kerja, aktiviti, atau inisiatif lain oleh Médecins Sans Frontières / Doktor Tanpa Sempadan. Sekiranya anda tidak bersetuju untuk dihubungi untuk tujuan ini, sila pilih pilihan di bawah. Anda boleh memilih untuk berhenti menerima maklumat tersebut pada bila-bila masa; hanya e-mel kami di [email protected].

I LIKE MSF

I LIKE MSF

LIKE to support